Friday, July 31, 2009

TIADA KELAS PENGANTAR TEKNOLOGI KOMUNIKASI

29 Julai 2009 - Tiada kelas keempat Pengantar Teknologi Komunikasi diadakan berikutan terdapat pelajar dijangkiti Virus H1N1 yang kian berleluasa di seluruh dunia. Pihak Universiti telah mengisytiharkan penangguhan kelas dan sebarang aktiviti dari 27 Julai 2009 hingga 1 Ogos 2009. Pada 2 Ogos segala kelas dan aktiviti kembali seperti biasa.

SEJARAH PERKEMBANGAN TEKNOLOGI KOMUNIKASI

22 Julai 2009, 8.00 -11.00pm - Dalam kelas ketiga Pengantar Teknologi komunikasi, pensyarah memulakan perbincangan bab kedua iaitu Sejarah Perkembangan Teknologi Komunikasi. Bab ini secara umum menyatakan perkembangan teknologi komunikasi manusia dari zaman batu hingga kini. Bab ini meliputi evolusi teknologi komunikasi, peranan teknologi komunikasi dan hala tuju dan pembangunan ICT dunia. Kelas ketiga berakhir dengan pengesahan journal pelajar untuk tugasan individu oleh pensyarah.

Sunday, July 19, 2009

Pengenalan Kepada Teknologi komunikasi

15 Julai 2009, 8.00 - 11.00pm - Dalam kelas kedua pengantar Teknologi Komunikasi, pensyarah memulakan kelas dengan menerangkan tugasan-tugasan sama ada berkumpulan atau individu yang perlu dibuat sepanjang semester ini. Pensyarah seterusnya memulakan perbincangan bab pertama dalam Pengantar Teknologi Komunikasi iaitu Pengenalan kepada Teknologi komunikasi. Bab ini merangkumi aspek takrifan teknologi dan komunikasi, pengenalan kepada data analog dan digital, jenis teknologi komunikasi iaitu media cetak dan media elektronik dan kebaikan dan kelemahan media cetak dan media elektronik. Kelas kedua berakhir dengan pembahagian kumpulan bagi tugasan berkumpulan.

Thursday, July 9, 2009

Kenali Rakan Dalam Kelas

8 Julai 2009, 8.00 - 11.00 pm - Dalam kelas pertama pengantar teknologi komunikasi, aktiviti kenali rakan dalam kelas telah diadakan untuk membolehkan pelajar dalam kelas lebih mengenali rakan mereka. Pelajar dalam kelas telah dibahagikan kepada empat kumpulan dan diberi masa lima minit untuk mencatat nama, hobi, warna kegemaran, tempat kegemaran dan cita-cita ahli kumpulan mereka. saya telah masuk ke kumpulan pertama dan ahli kumpulan saya ialah Fati, Ronaf, Umu, Anne, Kavita, Hani, Vicky, Sivia, Hana, Ijat dan fazizi. Pensyarah akan menyuruh seorang daripada setiap kumpulan sebagai wakil kumpulan dan memperkenalkan nama ahli dan hobi atau warna kegemaran atau tempat kegemaran atau cita-cita. Ronaf telah dipilih sebagai wakil kumpulan kami dan memperkenalkan nama ahli kumpulan dan warna kegemaran ahli kumpulan kami. Aktiviti itu berakhir dengan pelajar kelas pengantar teknologi komunikasi lebih mengenali antara satu sama lain.