Friday, October 2, 2009

PENERBITAN VIDEO DAN RANGKAIAN MULTIMEDIA

30 SEPTEMBER 2009, 8.00-11.00pm - Dalam Kelas kesebelas, pensyarah memulakan perbincangan bab ketujuh iaitu Penerbitan Video dan Rangkaian Multimedia. Bab ini secara umum adalah menyatakan tentang video dan multimedia. Pensyarah hanya memulakan bahagian asas bab ini iaitu komunikasi video, standard tv analog dan digital tv dan high definition tv. kelas kesebelas berakhir dengan perbincangan beberapa bahagian ini.

Thursday, October 1, 2009

TIADA KELAS PENGANTAR TEKNOLOGI KOMUNIKASI

16 September 2009 - Tiada kelas Pengantar Teknologi Komunikasi kesepuluh diadakan.

TELEKOMUNIKASI

9 September 2009, 8.00-11.00pm - Dalam Kelas kesembilan, pensyarah memulakan perbincangan bab keenam iaitu telekomunikasi. Bab ini secara umum menyatakan tentang jenis-jenis telekomunikasi. Bab ini meliputi sejarah industri telekomunikasi, produk dan perkhidmatan semasa, komunikasi satelite, sistem telefon dan aplikasinya, faksimili, sistem telefon selular, sistem paging dan sistem rangkaian bersepadu. Kelas kesembilan berakhir dengan pembahagian tajuk kepada kumpulan untuk mini seminar.

KOMUNIKASI DATA

2 September 2009, 8.00-11.00pm - Dalam kelas kelapan, pensyarah memulakan perbincangan bab kelima iaitu Komunikasi Data. Bab ini secara umumnya menyatakan komunikasi data yang ada dalam teknologi komunikasi. Bab ini meliputi takrifan komunikasi data, data analog dan data digital, arah aliran data, transmisi media, senibina rangkaian, jenis-jenis rangkaian dan kepentingan komunikasi data dan rangkaian. Kelas kelapan berakhir dengan perbincangan bab ini.

Wednesday, September 30, 2009

Microsoft Window VS Apple Mac

Perbandingan antara sistem Microsoft Windows dan Apple Mac merupakan topik yang sering diperdebatkan antara pengguna kedua-dua sistem. Microsoft Windows merupakan sistem yang mendominasi 90 peratus pasaran komputer global. Apple Mac merupakan saingan sistem bagi Microsoft Windows yang kian popular di pasaran Komputer. Kedua-dua sistem mempunyai perbezaan dan persamaan. Oleh itu perbandingan dibuat bagi kedua-dua sistem yang terkini yang berada di pasaran iaitu Microsoft Windows Vista dan Apple Mac OS X 10.5 Leopard.

Perbezaan yang ketara yang paling ketara ialah dari segi pakej. Microsoft Windows Vista mempunyai pakej iaitu Microsoft Windows Vista Home Basic, Microsoft Windows Vista Home Premium, Microsoft Windows Vista Business dan Microsoft Windows Vista Ultimate. keempa-empat pakej mempunyai ciri-ciri tersendiri dan ini mungkin mengelirukan bagi pengguna. Apple Mac OS X 10.5 Leopard hanya mempunyai satu pakej yang mempunyai semua ciri-ciri empat pakej Microsoft Windows Vista. Oleh itu dalam aspek pakej boleh dikatakan bahawa Apple Mac OS X mempunyai kelebihan berbanding Microsoft Windows Vista.

Perbezaan kedua yang dapat dilihat ialah dari aspek kemudahan Virtual Desktops. Microsoft Windows Vista tidak mempunyai kemudahan tersebut. Apple Mac OS X 10.5 Leopard mempunyai Kemudahan ini. Virtual Desktops atau dikenali sebagai Spaces dalam Apple Mac OS X yang membolehkan pengguna membuka desktops yang banyak untuk pelbagai kegunaan seperti satu desktops dibuka untuk permainan video dan satu desktops dapat dibuka pada masa yang sama untuk kerja-kerja yang lain. Oleh itu boleh dikatakan bahawa Apple Mac OS X mempunyai kelebihan dalam aspek berbanding dengan Microsoft Windows Vista.

Perbezaan ketiga yang dapat dilihat ialah dari aspek skrin sentuh. Microsoft Windows Vista mempunyai fungsi skrin sentuh. Program penggunaan navigasi sudah diintergasi dalam sistem tersebut. Apple Mac OS X 10.5 Leopard tidak mempunyai fungsi skrin sentuh dalam sistem. pengguna yang mahu fungsi skrin sentuh memerlukan aplikasi pihak ketiga bagi membantu penggunaan navigasi dalam sistem tersebut. Oleh itu Microsoft Vista adalah mempunyai kelebihan dalam aspek ini berbanding dengan Apple Mac OS X.

Perbezaan keempat yang dapat dilihat ialah dari aspek permainan video dan rangkaian komputer. Sistem Windows Vista yang menyokong kemampuan permainan video di komputer ialah Direct X 10, API yang menyokong 32 Bit dan 64 Bit. Microsoft Windows Vista juga menyokong X Box Live. Microsoft Windows Vista juga memyokong rangkaian komputer permainan video. Sistem Apple MaC OS X yang menyokong kemampuan permainan video di komputer ialah OpenGl yang menyokong 32 bit dan 64 bit. Apple Mac OS X tidak menyokong rangkaian komputer permainan video. Oleh itu Micrososft Windows Vista adalah mempunyai kelebihan dalam aspek ini berbanding Apple Mac OS X.

perbezaan terakhir yang dapat dilihat ialah dari aspek harga. Harga Microsoft Vista bermula dari USD 150 atau Rm 521.494. Harga Microsoft Vista sangat bergantung kepada pakej yang diambil.
Harga Apple Mac OS X 10.5 Leopard bermula dari USD 110 Atau Rm 381.963. Harga ini membolehkan pengguna mempunyai semua ciri-ciri dalam satu pakej. Oleh itu Apple Mac OS X adalah mempunyai kelebihan dalam aspek ini berbanding Microsoft Windows Vista.

Kesimpulan, dengan perbandingan aspek di atas Microsoft Windows dan Apple Mac mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri. Microsoft Windows membahagikan ciri-ciri sistem yang berbeza mengikut sasaran penggunanya manakala Apple Mac menumpukan kesemua ciri-ciri dalam satu sistem untuk kesemua sasaran pengguna.

Monday, August 31, 2009

Business to Business (B2B), Business to Consumer (B2C) Dan Consumer to Consumer (C2C)

Business to Business (B2B) merupakan istilah yang merujuk kepada urus niaga di atas talian di antara syarikat. Jenis urus niaga ini di atas talian biasanya melibatkan di antara dan kalangan perniagaan. lebih kurang 80% urus niaga di atas talian melibatkan Business to business dan pakar ekonomi menjangkakan bahawa Business to Business akan terus berkembang lebih luas dan cepat berbanding dengan Business to Consumer (B2C). Pasaran Business to Business mempunyai dua komponen utama e-frastruktur dan e-pasaran. E-frastruktur melibatkan infrastruktur seperti logistik yang melibatkan pengangkutan dan gudang. E-pasaran pula dikatakan sebagai laman web di mana pembeli dan penjual berinteraksi dan melakukan transaksi. Model dan contoh Business to Business yang biasa diamalkan adalah seperti IBM, Dell dan Cisco. Kebanyakan applikasi Business to Business adalah tertumpu pada bidang seperti pengurusan pembekal seperti process tempahan pembelian, pengurusan inventori seperti pengurusan kitaran tempahan dan penghantaran melalui jalan laut atau udara, pengurusan penyebaran seperti pengesanan dokumen perkapalan untuk penghantaran tempahan melalui jalan laut, pengurusan saluran seperti penghantaran maklumat untuk perubahan keadaan operasi dan pengurusan pembayaran seperti pengurusan sistem pembayaran secara elektronik.
Business to Consumer (B2C) merupakan istilah yang merujuk urus niaga di atas talian di antara syarikat dan pengguna yang melibatkan pengguna mengumpulkan maklumat, membeli produk fizikal seperti buku atau barangan pengguna dan produk maklumat seperti digital produk. Model Business to Consumer (B2C) yang paling biasa diamalkan adalah seperti Amazon.com dan Toyrus. Business to Consumer dapat mengurangkan kos transaksi khususnya kos pencarian produk dengan pengguna boleh mengakses kepada maklumat dan mencari harga paling berpatutan bagi sesuatu produk. Business to Consumer juga mengurangkan halangan entri pasaran kerana kos adalah rendah untuk membina dan menyelenggara sesuatu laman web.
Consumer to Consumer (C2C) merupakan istilah yang merujuk urus niaga secara persendirian antara individu atau antara pengguna sendiri. Konsep Consumer to Consumer berkembang seiring dengan perkembangan pasaran alat elektronik dan kemudahan lelong di internet. Konsep Consumer to Consumer wujud dalam tiga bentuk iaitu kemudahan lelong di portal atau laman web seperti Ebay.com, dan Lelong.com yang membolehkan pengguna memgeluarkan tawaran harga ke atas produk yang hendak dibeli, sistem peer to peer seperti Napster yang melibatkan pertukaran fail antara pengguna dan kemudahan forum, dan iklan di portal dan laman web seperti Ewanted yang melibatkan interaktif antara pengguna dan penjual dengan pengguna boleh tawar- menawar harga sesuatu produk dengan penjual.

Friday, August 28, 2009

KOMUNIKASI KOMPUTER BAHAGIAN 1, BAHAGIAN 2, DAN BAHAGIAN 3

26 Ogos 2009, 8.00-11.00pm - Dalam kelas ketujuh pengantar Teknologi Komunikasi, pensyarah memulakan perbincangan bab Keempat iaitu Komunikasi komputer Bahagian 1, Bahagian 2 dan Bahagian 3. Bahagian 1 bab ini secara umum menyatakan tentang Mel Elektronik atau e-mel. Bahagian 2 pula menyatakan tentang Internet dan WWW atau World Wide Web. akhir sekali bahagian 3 yang menyatakan tentang Newsgroup dan Bulletin Board. Kelas ketujuh berakhir dengan perbincangan ketiga-ketiga bahagian dalam bab ini.

Friday, August 21, 2009

TIADA KELAS PENGANTAR TEKNOLOGI KOMUNIKASi

12 Ogos 2009 - Tiada kelas keenam pengantar Teknologi Komunikasi diadakan.

TEKNOLOGI KOMPUTER

5 Ogos 2009, 8.00-11.00pm - Dalam Kelas Kelima, pensyarah memulakan perbincangan bab ketiga iaitu Teknologi Komputer. Bab ini secara umum menyatakan komponen-komponen komputer dan teknologi komputer yang digunakan untuk komunikasi. Bab ini meliputi takrifan komputer, jenis-jenis komputer, komponen-komponen komputer, kegunaan komputer untuk komunikasi dan organisasi pintar.

Friday, July 31, 2009

TIADA KELAS PENGANTAR TEKNOLOGI KOMUNIKASI

29 Julai 2009 - Tiada kelas keempat Pengantar Teknologi Komunikasi diadakan berikutan terdapat pelajar dijangkiti Virus H1N1 yang kian berleluasa di seluruh dunia. Pihak Universiti telah mengisytiharkan penangguhan kelas dan sebarang aktiviti dari 27 Julai 2009 hingga 1 Ogos 2009. Pada 2 Ogos segala kelas dan aktiviti kembali seperti biasa.

SEJARAH PERKEMBANGAN TEKNOLOGI KOMUNIKASI

22 Julai 2009, 8.00 -11.00pm - Dalam kelas ketiga Pengantar Teknologi komunikasi, pensyarah memulakan perbincangan bab kedua iaitu Sejarah Perkembangan Teknologi Komunikasi. Bab ini secara umum menyatakan perkembangan teknologi komunikasi manusia dari zaman batu hingga kini. Bab ini meliputi evolusi teknologi komunikasi, peranan teknologi komunikasi dan hala tuju dan pembangunan ICT dunia. Kelas ketiga berakhir dengan pengesahan journal pelajar untuk tugasan individu oleh pensyarah.

Sunday, July 19, 2009

Pengenalan Kepada Teknologi komunikasi

15 Julai 2009, 8.00 - 11.00pm - Dalam kelas kedua pengantar Teknologi Komunikasi, pensyarah memulakan kelas dengan menerangkan tugasan-tugasan sama ada berkumpulan atau individu yang perlu dibuat sepanjang semester ini. Pensyarah seterusnya memulakan perbincangan bab pertama dalam Pengantar Teknologi Komunikasi iaitu Pengenalan kepada Teknologi komunikasi. Bab ini merangkumi aspek takrifan teknologi dan komunikasi, pengenalan kepada data analog dan digital, jenis teknologi komunikasi iaitu media cetak dan media elektronik dan kebaikan dan kelemahan media cetak dan media elektronik. Kelas kedua berakhir dengan pembahagian kumpulan bagi tugasan berkumpulan.

Thursday, July 9, 2009

Kenali Rakan Dalam Kelas

8 Julai 2009, 8.00 - 11.00 pm - Dalam kelas pertama pengantar teknologi komunikasi, aktiviti kenali rakan dalam kelas telah diadakan untuk membolehkan pelajar dalam kelas lebih mengenali rakan mereka. Pelajar dalam kelas telah dibahagikan kepada empat kumpulan dan diberi masa lima minit untuk mencatat nama, hobi, warna kegemaran, tempat kegemaran dan cita-cita ahli kumpulan mereka. saya telah masuk ke kumpulan pertama dan ahli kumpulan saya ialah Fati, Ronaf, Umu, Anne, Kavita, Hani, Vicky, Sivia, Hana, Ijat dan fazizi. Pensyarah akan menyuruh seorang daripada setiap kumpulan sebagai wakil kumpulan dan memperkenalkan nama ahli dan hobi atau warna kegemaran atau tempat kegemaran atau cita-cita. Ronaf telah dipilih sebagai wakil kumpulan kami dan memperkenalkan nama ahli kumpulan dan warna kegemaran ahli kumpulan kami. Aktiviti itu berakhir dengan pelajar kelas pengantar teknologi komunikasi lebih mengenali antara satu sama lain.