Monday, August 31, 2009

Business to Business (B2B), Business to Consumer (B2C) Dan Consumer to Consumer (C2C)

Business to Business (B2B) merupakan istilah yang merujuk kepada urus niaga di atas talian di antara syarikat. Jenis urus niaga ini di atas talian biasanya melibatkan di antara dan kalangan perniagaan. lebih kurang 80% urus niaga di atas talian melibatkan Business to business dan pakar ekonomi menjangkakan bahawa Business to Business akan terus berkembang lebih luas dan cepat berbanding dengan Business to Consumer (B2C). Pasaran Business to Business mempunyai dua komponen utama e-frastruktur dan e-pasaran. E-frastruktur melibatkan infrastruktur seperti logistik yang melibatkan pengangkutan dan gudang. E-pasaran pula dikatakan sebagai laman web di mana pembeli dan penjual berinteraksi dan melakukan transaksi. Model dan contoh Business to Business yang biasa diamalkan adalah seperti IBM, Dell dan Cisco. Kebanyakan applikasi Business to Business adalah tertumpu pada bidang seperti pengurusan pembekal seperti process tempahan pembelian, pengurusan inventori seperti pengurusan kitaran tempahan dan penghantaran melalui jalan laut atau udara, pengurusan penyebaran seperti pengesanan dokumen perkapalan untuk penghantaran tempahan melalui jalan laut, pengurusan saluran seperti penghantaran maklumat untuk perubahan keadaan operasi dan pengurusan pembayaran seperti pengurusan sistem pembayaran secara elektronik.
Business to Consumer (B2C) merupakan istilah yang merujuk urus niaga di atas talian di antara syarikat dan pengguna yang melibatkan pengguna mengumpulkan maklumat, membeli produk fizikal seperti buku atau barangan pengguna dan produk maklumat seperti digital produk. Model Business to Consumer (B2C) yang paling biasa diamalkan adalah seperti Amazon.com dan Toyrus. Business to Consumer dapat mengurangkan kos transaksi khususnya kos pencarian produk dengan pengguna boleh mengakses kepada maklumat dan mencari harga paling berpatutan bagi sesuatu produk. Business to Consumer juga mengurangkan halangan entri pasaran kerana kos adalah rendah untuk membina dan menyelenggara sesuatu laman web.
Consumer to Consumer (C2C) merupakan istilah yang merujuk urus niaga secara persendirian antara individu atau antara pengguna sendiri. Konsep Consumer to Consumer berkembang seiring dengan perkembangan pasaran alat elektronik dan kemudahan lelong di internet. Konsep Consumer to Consumer wujud dalam tiga bentuk iaitu kemudahan lelong di portal atau laman web seperti Ebay.com, dan Lelong.com yang membolehkan pengguna memgeluarkan tawaran harga ke atas produk yang hendak dibeli, sistem peer to peer seperti Napster yang melibatkan pertukaran fail antara pengguna dan kemudahan forum, dan iklan di portal dan laman web seperti Ewanted yang melibatkan interaktif antara pengguna dan penjual dengan pengguna boleh tawar- menawar harga sesuatu produk dengan penjual.

No comments:

Post a Comment